Wednesday, September 10, 2008

Gotong Royong Membina Pentas Perhimpunan

Memandangkan tapak perhimpunan di Dataran Ilmu agak sempit dan terhad untuk menampung bilangan pelajar yang semakin ramai, maka timbullah inisiatif dari warga SMKBG untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini. Hasil dari keprihatinan dan kecaknaan Penolong Kanan Kokurikulum yang baru ( YM. Syed Razali Sted Akil ) maka tercetuslah idea untuk membina dan mengubah pentas perhimpunan yang lebih selesa. Hasil dari perbincangan dengan pihak atasan, Tuan Pengetua telah memberi 'lampu hijau' untuk membina satu pentas perhimpunan yang lebih kondusif.

Maka......pada tanggal 28 & 29 Ogos 2008 ( Hari Jumaat & Sabtu ), warga SMKBG yang terdiri dari para guru, pentadbir, staff sokongan pejabat, asrama, makmal para pelajar dan disokong kuat oleh tenaga para pekerja swasta telah sama-sama berganding bahu bergotong royong membina pentas perhimpunan demi keselesaan bersama.

Gotong royong membina pentas ini telah diketuai oleh En Ramli b. Yahya ( Abg. Ram ) yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang binaan.

Tahniah Warga SMKBG.....anda telah menunjukkan satu sikap kerjasama yang membanggakan !!




En Ramli ( Abg. Ram ) sedang tekun melakukan kerjanya.

Kelihatan beberapa orang guru sedang sama-sama berganding bahu membina tapak perhimpunan

Para pekerja swasta baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bermandi peluh membancuh simen

Para pelajar juga tidak ketinggalan membantu para guru

Kelihatan Sir Nik sedang menunjukkan kepakarannya mengikat bata

Thursday, August 14, 2008

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-51 SMKBG 2008





Sekolah Menengah Kebangsaan Batu gajah telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan yang ke 51 pada hari Rabu 13 Ogos 2008 yang disambut agak sederhana tetapi meriah. Majlis yang bermula se awal jam 7.40 pagi bertempat di Dataran Ilmu telah dihadiri oleh semua warga SMK. Batu Gajah dan di rasmikan oleh YBrs. Tuan Pengetua sendiri.


Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebuat ialah nyanyian lagu negaraku dan negeri dan ucapan PK. Kokurikulum selaku penyelaras program. Sebaik sahaja selesai ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua, upacara simbolik memasang bendera telah dilakukan. Tuan Pengetua telah memasang bendera pada kenderaan yang dipandu masuk oleh Tuan Hj. Nazri.


Upacara kemuncak pada hari tersebut adalah nyanyian lagu patriotik, iaitu 'Jalur Gemilang' dan diakhiri dengan nyanyian Lagu Tema : 'Perpaduan Teras Kejayaan' oleh semua Guru dan pelajar. Majlis berakhir tepat jam 8.25 Pagi.




Kereta dipandu masuk oleh Tuan Hj. Nazri Said





Penyelaras program menyerahkan Jalur gemilang kepada Tuan Pengetua

Tuan Pengetua memasang Jalur Gemilang pada kenderaan Tn. Hj. Nazri sebagai simbolik pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-51 peringkat sekolah.

Tuesday, August 12, 2008

Kayak Kembara Merdeka SMKBG 2008







Program Kayak Kembara Merdeka SMKBG dianjurkan bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negara dan menghargai kemerdekaan yang diperolehi hasil dari pengorbanan pahlawan serta pejuang negara yang lampau.

Program yang bermatlamat menanam unsur patriotisme di dalam diri setiap pelajar SMKBG diharap akan membawa kepada semangat cintakan negara, khususnya dalam memelihara keharmonian dan keindahan alam.

Antara Objektif program ini ialah :

1. Melahirkan semangat cintakan negara di kalangan pelajar-pelajar SMKBG
2. Melahirkan masyarakat yang cergas dan cekal
3. Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan yang tinggi di kalangan para pelajar SMKBG
4. menanam sikap cintakan alam sekitar
5. Menghargai keindahan ciptaan Tuhan dan bersyukur serta mengagumi kebesaranNya.

Program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bukan sahaja di kalangan pelajar malah pihak guru dan pentadbir sekolah juga turut sama menyertainya. Seramai 40 orang pelajar dipilih yang mana terdiri dari kalangan pelajar asrama menengah atas ( tingkatan 4,5 & 6 ). Manakala seramai 25 orang guru turut sama mengiringi para pelajar di dalam program ini. Turut tidak ketinggalan, Penolong Kanan Kokurikulum dan penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta beberapa orang staf sokongan.

Program ini juga telah mendapat sokongan padu dari agensi-agensi luar seperti Persatuan Kayak Negeri Kelantan di bawah pimpinan Presidennya, En. Johary Idris dan juga dari pihak Bomba & Penyelamat Tanah Merah & Pengkalan Chepa yang telah menghantar seramai 6 orang anggota serta 2 buah bot serta sebuah jet ski untuk mengawasi keselamatan peserta sepanjang program ini berjalan.




TENTATIF PROGRAM




JUMAAT ( 08 OGOS 2008 )




7.00 Pagi : Bertolak dari SMKBG




7.40 Pagi : Peserta Tiba di Pusat Latihan Kenu




(PACK) Jambatan Pulau Melaka




: Ucapan Aluan Pengerusi Program




: Taklimat Ketua Jurulatih




: Bacaan Doa




: Latihan Teori Kayak




: Latihan Amali Kayak / Pertandingan Kayak




12.00 Tgh : Ke Kompleks Belia & Sukan




( Makan Tengahari, Bersih Diri & Solat Jumaat / Zohor )




3.15 Ptg : Majlis Perasmian Pembukaan




( oleh Tuan Pengetua SMKBG )




4.00 Ptg : Ekspedisi Berkayak ke Pantai Senok




7.00 Mlm : Sampai di Tapak Perkhemahan




( Persiapan Khemah / Bersih Diri / Solat / Makan Malam )9.00 Mlm : Persembahan Malam Kebudayaan / Penghayatan Bulan Kemerdekaan




11.00 Mlm : Tidur





SABTU ( 09 OGOS 2008 )









5.30 Pagi : Bersih diri / Solat





7.30 Pagi : Sarapan Pagi





8.00 Pagi : Nyanyian Lagu Kebangsaan / Negeri / Patriotik





8.30 Pagi : Berkayak pulang ke PACK





11.00 Pagi : Sampai di PACK / Kemas Peralatan





11.30 Pagi : Majlis Perasmian Penutup




( oleh YDP PIBG SMKBG )





12.00 Tgh : Makan Tengahari




12.30 Tgh : Bertolak Pulang ke SMKBG



YM. Syed Razali Said Akil ( PK. Kokurikulum ) menyampaikan ucapan aluan sebelum program bermula.



En. Johary Idris ( Presiden Persatuan Kenu Kelantan ) memberikan taklimat kepada para peserta kursus sebelum aktiviti praktikal dimulakan.

Salah seorang pelajar ( Wan Maisarah ) diminta untuk melakukan demonstrasi dayungan semasa sesi teori




Para peserta kursus sedang mengangkut kayak turun ke sungai untuk memulakan sesi praktikal





Kelihatan para peserta sedang membuat 'rafting' di tengah-tengah sungai.







Aspek keselamatan menjadi keutamaan di mana pihak bomba dari dua kawasan ( balai bomba Tanah Merah & balai bomba Pengkalan Chepa ) telah menghantar anggota beserta dengan bot dan jet-ski untuk mengawasi keselamatan para peserta sepanjang program berlangsung.



Pihak guru dan jurulatih turut sama mengawasi keselamatan para peserta.





Para peserta begitu tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh jurulatih Persatuan Kenu Kelantan sebelum Ekspedisi ke Pantai Senok bermula.



Para peserta memulakan ekspedisi ke Pantai Senok tepat jam 4.00 Petang Hari Jumaat 08 Ogos 2008

Peserta mendirikan khemah sejurus sampai di Pantai Senok


Para guru pengiring yang kepenatan sedang menikmati makan malam ( sebaik tiba dari ekspedisi yang memakan masa selama hampir 2 jam setengah ) di surau Kg. Senok sementara menunggu waktu solat maghrib


Sebahagian pelajar yang kepenatan sedang berehat sementara menunggu waktu solat Maghrib dan Isya'




Malam Kebudayaan ......





Sebahagian dari aktiviti Malam Kebudayaan yang dipersembahkan oleh para pelajar dan guru.


Para peserta dihidangkan dengan 'barbeque' ayam selepas tamat persembahan malam kebudayaan.





Sesi bergambar kenangan di Tapak Perkhemahan Pantai Senok sebelum ekspedisi pulang ke Pulau Melaka.



Sebahagian dari Jurulatih yang membimbing peserta sepanjang program berjalan




Progam ini juga telah mendapat liputan dari Akhbar Sinar Harian yang telah disiarkan pada edisi keluaran Hari Isnin 11 Ogos 2008 m/surat K19 ruangan LENSA@kelantan. Kelihatan En Wan Din sedang menemani wartawan Sinar Harian Cik Norawazni Yusof. Sekali pandang kelihatan seolah-olah sedutan dari filem "Beauty & The Beast".....





Majlis Perasmian Penutup.......




Majlis Penutupan di rasmikan oleh Che Kamarulzaman Zakry ( unit Kemanusiaan PPDTM) yang mewakili Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Tanah Merah yang tidak dapat hadir.




Cenderahati untuk Pasukan Bomba yang disampaikan oleh Tuan Pengetua kepada En. Arif ( Ketua balai Bomba Tanah Merah )




Tidak ketinggalan cenderahati tanda terima kasih kepada Persatuan Kenu Negeri Kelantan yang diterima oleh Presidennya sendiri, En. Johary Idris

Tuesday, August 5, 2008

Menziarahi Cikgu Wan Azman Wan Daud di Hospital Pakar Perdana Kota Bharu


Encik Wan Azman Bin Wan Daud telah disahkan menghidap Kanser Usus oleh pihak Hospital Kota Bharu pada 31 Julai 2008. Sehubungan itu beliau telah dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana Kota Bharu pada hari Sabtu 2 Ogos 2008. Pada keesokan harinya 3 Ogos 2008 beliau telah selamat menjalani pembedahan. Pembedahan yang menelan belanja sebanyak RM 15 Ribu itu bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 7.00 petang, iaitu mengambil masa selama lebih kurang 10 jam.

Pada 4 Ogos 2008 ( Isnin ), sekumpulan guru dari SMK. Batu Gajah yang terdiri dari YM. Syed Razali (PK KO), En. Nik Mohd Sharrulnizzan, En. Pakhri Osman, En. Alias Hasan ( Pengerusi KGK), En. Roslan Omar dan En. Wan Omar telah melawat beliau yang berada di Wad 428, Tingkat 5 Hospital Pakar Perdana.

Ketika lawatan dilakukan sekitar jam 8.00 malam, beliau ditemani oleh isterinya Pn. Wan Mah. Beliau yang kelihatan masih keletihan, walaubagaimanapun masih berupaya melayan rakan-rakan yang menziarahinya.

Sesungguhnya kami warga pendidik SMK Batu Gajah mendoakan agar beliau segera sembuh dan kembali bertugas dan menceriakan suasana sekolah.




En. Wan Azman yang kelihatan masih keletihan selepas menjalani pembedahan membuang kanser usus.



Ditemani oleh isteri ( Wan Mah ) yang sentiasa bersama memberikan semangat

Kawan-kawan yang prihatin juga sentiasa bersama

Sunday, July 27, 2008

Majlis Perpisahan Tuan Pengetua SMKBG



TUAN HJ. MAT JUSOH BIN HARUN


( PENGETUA SMKBG DARI JULAI 2006 HINGGA JULAI 2008 )



Majlis Perpisahan Tuan Hj. Mat Jusoh Bin Harun ( Pengetua SMKBG ) telah diadakan pada hari Isnin 28 Julai 2008 bertempat di Dataran Ilmu SMKBG. Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi dihadiri oleh semua warga SMKBG termasuk YDP PIBG kecuali Penolong Kanan Pentadbiran yang telah mengambil cuti CRK atas urusan peribadi.

Dalam ucapan perpisahannya, Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih dan memohon maaf dari semua warga sekolah dan ibu bapa pelajar. Selama hampir 2 tahun 1 bulan tempoh perkhidmatannya di Batu Gajah ini iaitu bermula dari Julai 2006 hingga sekarang telah banyak jasa yang disumbangkan oleh beliau baik terhadap kemajuan akademik dan kokurikulum mahupun terhadap pembangunan infrastruktur dan keceriaan sekolah.

Kami seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Gajah, mengucapkan TAHNIAH, SYABAS di atas pertukaran Tuan Pengetua dan terima kasih yang tak terhingga di atas sumbangan yang telah dicurahkan selama ini.





YDP PIBG antara tetamu khas yang dijemput hadir




En. Mazlan Yaacob ( PK HEM ) menyampaikan cenderahati kenangan bagi pihak sekolah





Pengerusi KGK ( En. Alias Hassan ) menyampaikan cenderahati kepada Pengetua

Wakil PIBG ( En. Ab. Rahman Yaacob @ Man Rock ) menyampaikan cenderahati kepada Tuan pengetua




Tuan Pengetua menerima cenderahati dari pelajar





Pihak Kantin sekolah juga tidak ketinggalan menyampaikan cenderahati kepada Tuan Pengetua yang disampaikan sendiri oleh Pn. Napisah ( Kak Nik @ Mami )

Sebahagian dari cenderahati yang disumbangkan oleh warga SMKBG kepada Tuan Pengetua


Hadiah & Cenderahati di masukkan ke dalam kereta Tuan Pengetua



Tuan Pengetua sedang menandatangani autograf yang diminta oleh salah seorang guru




Majlis dimeriahkan oleh persembahan nyanyian duet oleh En. Sa'ibon dan Puan Yap yang menyanyikan lagu "Di mana kan kucari ganti"






Pasukan Kompang yang dijemput khas dari SK. Batu Gajah untuk memeriahkan majlis



Pasukan Bunga Manggar mengiringi perarakan perpisahan Tuan Pengetua