Tuesday, August 12, 2008

Kayak Kembara Merdeka SMKBG 2008







Program Kayak Kembara Merdeka SMKBG dianjurkan bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negara dan menghargai kemerdekaan yang diperolehi hasil dari pengorbanan pahlawan serta pejuang negara yang lampau.

Program yang bermatlamat menanam unsur patriotisme di dalam diri setiap pelajar SMKBG diharap akan membawa kepada semangat cintakan negara, khususnya dalam memelihara keharmonian dan keindahan alam.

Antara Objektif program ini ialah :

1. Melahirkan semangat cintakan negara di kalangan pelajar-pelajar SMKBG
2. Melahirkan masyarakat yang cergas dan cekal
3. Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan yang tinggi di kalangan para pelajar SMKBG
4. menanam sikap cintakan alam sekitar
5. Menghargai keindahan ciptaan Tuhan dan bersyukur serta mengagumi kebesaranNya.

Program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bukan sahaja di kalangan pelajar malah pihak guru dan pentadbir sekolah juga turut sama menyertainya. Seramai 40 orang pelajar dipilih yang mana terdiri dari kalangan pelajar asrama menengah atas ( tingkatan 4,5 & 6 ). Manakala seramai 25 orang guru turut sama mengiringi para pelajar di dalam program ini. Turut tidak ketinggalan, Penolong Kanan Kokurikulum dan penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta beberapa orang staf sokongan.

Program ini juga telah mendapat sokongan padu dari agensi-agensi luar seperti Persatuan Kayak Negeri Kelantan di bawah pimpinan Presidennya, En. Johary Idris dan juga dari pihak Bomba & Penyelamat Tanah Merah & Pengkalan Chepa yang telah menghantar seramai 6 orang anggota serta 2 buah bot serta sebuah jet ski untuk mengawasi keselamatan peserta sepanjang program ini berjalan.




TENTATIF PROGRAM




JUMAAT ( 08 OGOS 2008 )




7.00 Pagi : Bertolak dari SMKBG




7.40 Pagi : Peserta Tiba di Pusat Latihan Kenu




(PACK) Jambatan Pulau Melaka




: Ucapan Aluan Pengerusi Program




: Taklimat Ketua Jurulatih




: Bacaan Doa




: Latihan Teori Kayak




: Latihan Amali Kayak / Pertandingan Kayak




12.00 Tgh : Ke Kompleks Belia & Sukan




( Makan Tengahari, Bersih Diri & Solat Jumaat / Zohor )




3.15 Ptg : Majlis Perasmian Pembukaan




( oleh Tuan Pengetua SMKBG )




4.00 Ptg : Ekspedisi Berkayak ke Pantai Senok




7.00 Mlm : Sampai di Tapak Perkhemahan




( Persiapan Khemah / Bersih Diri / Solat / Makan Malam )9.00 Mlm : Persembahan Malam Kebudayaan / Penghayatan Bulan Kemerdekaan




11.00 Mlm : Tidur





SABTU ( 09 OGOS 2008 )









5.30 Pagi : Bersih diri / Solat





7.30 Pagi : Sarapan Pagi





8.00 Pagi : Nyanyian Lagu Kebangsaan / Negeri / Patriotik





8.30 Pagi : Berkayak pulang ke PACK





11.00 Pagi : Sampai di PACK / Kemas Peralatan





11.30 Pagi : Majlis Perasmian Penutup




( oleh YDP PIBG SMKBG )





12.00 Tgh : Makan Tengahari




12.30 Tgh : Bertolak Pulang ke SMKBG



YM. Syed Razali Said Akil ( PK. Kokurikulum ) menyampaikan ucapan aluan sebelum program bermula.



En. Johary Idris ( Presiden Persatuan Kenu Kelantan ) memberikan taklimat kepada para peserta kursus sebelum aktiviti praktikal dimulakan.

Salah seorang pelajar ( Wan Maisarah ) diminta untuk melakukan demonstrasi dayungan semasa sesi teori




Para peserta kursus sedang mengangkut kayak turun ke sungai untuk memulakan sesi praktikal





Kelihatan para peserta sedang membuat 'rafting' di tengah-tengah sungai.







Aspek keselamatan menjadi keutamaan di mana pihak bomba dari dua kawasan ( balai bomba Tanah Merah & balai bomba Pengkalan Chepa ) telah menghantar anggota beserta dengan bot dan jet-ski untuk mengawasi keselamatan para peserta sepanjang program berlangsung.



Pihak guru dan jurulatih turut sama mengawasi keselamatan para peserta.





Para peserta begitu tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh jurulatih Persatuan Kenu Kelantan sebelum Ekspedisi ke Pantai Senok bermula.



Para peserta memulakan ekspedisi ke Pantai Senok tepat jam 4.00 Petang Hari Jumaat 08 Ogos 2008

Peserta mendirikan khemah sejurus sampai di Pantai Senok


Para guru pengiring yang kepenatan sedang menikmati makan malam ( sebaik tiba dari ekspedisi yang memakan masa selama hampir 2 jam setengah ) di surau Kg. Senok sementara menunggu waktu solat maghrib


Sebahagian pelajar yang kepenatan sedang berehat sementara menunggu waktu solat Maghrib dan Isya'




Malam Kebudayaan ......





Sebahagian dari aktiviti Malam Kebudayaan yang dipersembahkan oleh para pelajar dan guru.


Para peserta dihidangkan dengan 'barbeque' ayam selepas tamat persembahan malam kebudayaan.





Sesi bergambar kenangan di Tapak Perkhemahan Pantai Senok sebelum ekspedisi pulang ke Pulau Melaka.



Sebahagian dari Jurulatih yang membimbing peserta sepanjang program berjalan




Progam ini juga telah mendapat liputan dari Akhbar Sinar Harian yang telah disiarkan pada edisi keluaran Hari Isnin 11 Ogos 2008 m/surat K19 ruangan LENSA@kelantan. Kelihatan En Wan Din sedang menemani wartawan Sinar Harian Cik Norawazni Yusof. Sekali pandang kelihatan seolah-olah sedutan dari filem "Beauty & The Beast".....





Majlis Perasmian Penutup.......




Majlis Penutupan di rasmikan oleh Che Kamarulzaman Zakry ( unit Kemanusiaan PPDTM) yang mewakili Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Tanah Merah yang tidak dapat hadir.




Cenderahati untuk Pasukan Bomba yang disampaikan oleh Tuan Pengetua kepada En. Arif ( Ketua balai Bomba Tanah Merah )




Tidak ketinggalan cenderahati tanda terima kasih kepada Persatuan Kenu Negeri Kelantan yang diterima oleh Presidennya sendiri, En. Johary Idris

No comments: