Tuesday, August 5, 2008

Menziarahi Cikgu Wan Azman Wan Daud di Hospital Pakar Perdana Kota Bharu


Encik Wan Azman Bin Wan Daud telah disahkan menghidap Kanser Usus oleh pihak Hospital Kota Bharu pada 31 Julai 2008. Sehubungan itu beliau telah dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana Kota Bharu pada hari Sabtu 2 Ogos 2008. Pada keesokan harinya 3 Ogos 2008 beliau telah selamat menjalani pembedahan. Pembedahan yang menelan belanja sebanyak RM 15 Ribu itu bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 7.00 petang, iaitu mengambil masa selama lebih kurang 10 jam.

Pada 4 Ogos 2008 ( Isnin ), sekumpulan guru dari SMK. Batu Gajah yang terdiri dari YM. Syed Razali (PK KO), En. Nik Mohd Sharrulnizzan, En. Pakhri Osman, En. Alias Hasan ( Pengerusi KGK), En. Roslan Omar dan En. Wan Omar telah melawat beliau yang berada di Wad 428, Tingkat 5 Hospital Pakar Perdana.

Ketika lawatan dilakukan sekitar jam 8.00 malam, beliau ditemani oleh isterinya Pn. Wan Mah. Beliau yang kelihatan masih keletihan, walaubagaimanapun masih berupaya melayan rakan-rakan yang menziarahinya.

Sesungguhnya kami warga pendidik SMK Batu Gajah mendoakan agar beliau segera sembuh dan kembali bertugas dan menceriakan suasana sekolah.




En. Wan Azman yang kelihatan masih keletihan selepas menjalani pembedahan membuang kanser usus.



Ditemani oleh isteri ( Wan Mah ) yang sentiasa bersama memberikan semangat

Kawan-kawan yang prihatin juga sentiasa bersama

No comments: